Kamis, 23 Januari 2014

CINA 1MALAYSIA CACI MAKI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR KERANA SERBU GEREJA!!!
KETIKA orang Islam dari pelbagai NGO di Malaysia begitu marah dengan seorang paderi yang membantah titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa aktiviti gereja, kaum Cina yang aku percaya penganut Kristian melemparkan kata-kata hina kepada JAIS.

Ini berikutan serbuan yang dilakukan oleh penguatkuasa JAIS siang tadi yang merampas bible dalam bahasa Melayu dan menahan 2 orang paderi gereja di Damansara.

Cina di Malaysia tidak kira dari parti mana pun secara sebulat suara menghina jabatan agama Islam yang bernaung di bawah Sultan Selangor. Dan bagi pengamatan aku ini secara tidak langsung menghina Sultan itu sendiri.

Apa tindakan kerajaan negeri? Bukankah JAIS di bawah pengurusan kerajaan negeri dan dibawah kuasa undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor? Apa keputusan Khalid Gagap dalam hal ini?

Dan yang lebih mustahak apa tindakan kita sebagai umat Islam yang mengaku Islam tetapi takut untuk mempertahankan Islam? Di mana pemimpin dari parti yang kononnya berjuang atas nama Islam tapi apabila berlaku perkara seperti ini, masing-masing menutup mata, memekakkan telinga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar